BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

usia cerita cinta kami...=)

Daisypath Anniversary tickers

ThE DaY....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Monday, May 9, 2011

Calculation Keserasian Pasangan

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-


Depan = Markah 9
Atas = Markah 8
Bawah = Markah 5

Contoh:-
Nama Lelaki : Khairul Affiean ♥♥♥
Sebutan : Khai + rul + A + ffie + an
Markah : 8 + 9 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 38

Nama Perempuan : Quqriah Aqyniza
Sebutan : Quq + ri + ah + A + qy + ni + za
Markah : 9 + 5 + 8 + 8 + 5 + 5 + 8
Jumlah : 48

So Jumlah Keseluruhan : 38 + 48 = 86

Mencari baki :-

Jumlah 86 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu:-

86 bahagi 9... baki ialah 5
86 bahagi 7... baki ialah 2
86 bahagi 5... baki ialah 1
86 bahagi 3... baki ialah 2

** Oleh itu baki ialah 5, 2, 1 dan 2 (baca dari atas ke bawah)

Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)

# 9 - Di masa muda (awal perkahwinan)

# 7 - Di masa memasuki pertengahan

# 5 - Di masa menghadapi masa tua

# 3 - Di masa tua (penghujung perkahwinan)

Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - -sama seperti nombor 0-


Peringatan : Korang jgn percaya sangat.. ni saje jek utk mengisi masa terluang sambil membuat kerja kira-mengira.. ehehehe...

0 comments: