Dulu zaman sekolah sajak,pantun,syair,pidato macam da jadi rencah harian...kalau xde x sempurna alam persekolahan....da diasuh begitu dari darjah tiga lagi,,,Terima kasih buat Cikgu Azlina yang mengasah bakat saya sehingga menjadi johan Daerah Batu Pahat dan mewakili Batu Pahat seawal Darjah 3 lagi..so malamni nak menggedik mengarang sajak sikit....huhuhu
Sendu Malam Ini...
Biarkan rasa ini pergi,
bukan salah andai hati ini tidak berperasaan lagi,
apa guna ditagih kasih dan rindu..
andai akhirnya cuma disakiti..lagi dan lagi..
seperti mahu dibina lagi,
tembok kukuh,ampuh...
mengelilingi sekeping hati,
biar ia kering lagi...
tidak basah,disimbah darah,
diluka...
Hati ini tidak mahu ditoreh lagi,
Kerna mungkin nanti ia menjadi batu...
Mana pergi kasihmu,
Mengapa kini cuma jerkah herdikmu menjadi santapan telingaku,
kenapa tega kau biarkan air mata ini mengalir,
aku ini lemah,berasal dari tulang rusuk yang bengkok...
lenturkan lah perlahan-lahan...biar aku tidak patah...
jangan pula lemah longlai...
pasti tidak menjadi lurus...
Mungkin kau mahu rasa besar,
Menjadi suami,ingin memiliki,
dihormati,dituruti setiap kehendakmu..
namun harus bagaimanakah mahu menurut imam yang solatnya masih kusangsi,
Yang selalu hilang kesabarannya dikuasai hawa nafsu,
Yang nafkahnya sering culas...
Aku tahu aku ini hina,tidak sempurna...
Lalu aku mengharapkanmu membimbingku ke syurga.

0 comments:
Post a Comment